Make your own free website on Tripod.com

Burung Kenari


Home ] bekas mandi ] bekas makanan ]
 

 

Kepentingan Sangkar

 

Bagi kebanyakan burung kenari yang dipelihara sebagai haiwan kesayangan, ciri-ciri perumahan yang selesa dan baik amat dipentingkan. Sememangnya dalam sistem pemeliharaan haiwan kesayangan jenis Avian (Burung), sistem perumahan yang disyorkan ialah sistem sangkar. Sangkar yang selesa dan sesuai amat dititikberatkan dalam pemeliharaan burung kenari kerana sangkar memainkan peranan yang penting samada burung kenari dapat hidup dengan baik atau tidak.

Ciri-ciri sangkar yang baik ialah;

1. Mempunyai sistem pengudaraan dan penyaliran yang baik.

2. Terlindung dari panas dan hujan atau suhu persekitaran yang melampau.

3. Mempunyai sistem pembuangan najis yang sistematik.

4. Mementingkan ciri-ciri keselamatan dari pemangsa seperti kucing dan sebagainya.

5. Diperolehi dari sumber yang berpatutan dan tahan lasak.

6. Keluasan yang mencukupi.

7. Peralatan-peralatan asas seperti bekas makanan, bekas minuman disediakan.