Make your own free website on Tripod.com

Burung Kenari


Home ] Penyakit 1 ] Parasit ]
 

 

Penyakit Dan Parasit

Keadaan Burung Kenari Yang Diserang Penyakit

 

Langkah-langkah membasmi adalah lebih baik dari langkah merawat penyakit bagi burung. Jenis penyakit yang biasanya menyerang burung adalah disebabkan oleh Bakteria. Langkah-langkah kawalan dan mencegah serangan penyakit dan perosak burung kenari adalah seperti berikut;

1. Sanitasi dan kebersihan sangkar. Sangkar perlu dibersihkan dan dibasmi kuman sekurang-kurang 3 bulan sekali dengan menggunakan pembasmi kuman yang sesuai.

2. Jangan dedahkan burung kenari kepada suhu dan persekitaran yang melampau.

3. Makanan dan minuman yang bersih perlu dibekalkan. Elakkan pemberian makanan dan minuman yang telah dicemari najis.

4. Buang najis yang telah kering sekurang-kurangnya 3 hari sekali.

5. Pemakanan yang seimbang disyorkan.

6. Jalankan pemberian vaksin mengikut saranan oleh pembekal dan pemberian ubat  cacing dilakukan sekurang-kurangnya 5 bulan sekali.

7. Vitamin diberi mengikut jangka masa yang sesuai.