Make your own free website on Tripod.com

Burung Kenari


Home ] Up ]
 

 

                      

Bekas Mandi

Ia merupakan satu keperluan asas yang perlu disediakan dalam sangkar burung kenari. Ini adalah kerana burung kenari adalah merupakan burung yang suka mandi malahan ia tidak dapat hidup sempurna jikalau tidak mandi. Bekas yang digunakan biasanya tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Ia bergantung kepada saiz burung  tersebut. Jika tiada kemudahan bekas mandi, pemilik disyorkan memandikan burung tersebut. Bilangan memandikan burung adalah bergantung kepada musim atau suhu persekitaran. Kerapkan memandi burung kenari jika suhu terlampau panas dan kurangkan mandi jika suhu sejuk. Kebiasaannya burung dimandikan dua kali sehari iaitu waktu pagi dan petang. Selepas dimandikan, burung tersebut  didedahkan kepada cahaya matahari buat seketika sehingga bulunya dianggarkan kering.