Make your own free website on Tripod.com

Burung Kenari


Home ]
 

 


Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Pemilik Burung Kenari

  1. Mengapakah suara Burung Kenari tidak semerdu seperti sebelumnya?
  2. Mengapakah induk Burung Kenari tidak mahu menyuap makan kepada anaknya yang berumur 2-3 hari?
  3. Apakah yang menyebabkan bahagian dubur Burung Kenari mengeluarkan kotoran dalam bentuk cecair?
  4. Apakah yang menyebabkan anak burung kenari mati selepas 2-3 hari menetas?
  5. Mengapakah telur yang terhasil dari persenyawaan yang sempurna tidak menetas?
  6. Mengapakah kuantiti telur yang dihasilkan dari persenyawaan yang sempurna terlalu sedikit bilangannya iaitu 2-3 biji sahaja?

 Mengapakah suara Burung Kenari tidak semerdu seperti sebelumnya?

Suara burung Kenari tidak semerdu seperti sebelumnya adalah kerana faktor makanan yang diambil telah kotor atau terlalu lama tidak diganti. Cara mengatasi masalah ini ialah pastikan makanan yang diberikan adalah bersih dan perlu diganti pada setiap hari. Disyorkan juga pemberian antibiotik yang sesuai kepada burung tersebut.

Back to Top

Mengapakah induk Burung Kenari tidak mahu menyuap makan kepada anaknya yang berumur 2- hari?

Mungkin kerana induk kerapkali bertelur menyebabkan ia jemu atau kerana faktor pembawaan. Sebaik-baiknya asingkan induk dari anaknya dan kurang aktiviti peneluran oleh induk.

 

Back to Top

 Apakah yang menyebabkan bahagian dubur Burung Kenari mengeluarkan kotoran dalam bentuk cecair?

Burung Kenari diserang penyakit atau keracunan. Cara mengatasinya ialah dengan memberikan ubat yang sesuai serta pastikan sayuran yang diberi kepada burung dibersihkan dengan sempurna bagi menghapuskan pestida atau ubat pembasmi hama pada sayuran tersebut.

Back to Top

Apakah yang menyebabkan anak burung kenari mati selepas 2-3 hari menetas?

Keadaan ini berlaku kerana induk terlalu risau dengan keselamatan anaknya menyebab induk menindih anaknya terlalu kuat semasa proses memberi haba. Keadaan ini boleh dikawal dengan meletakkan sangkar burung di tempat yang tinggi melepasi kepala manusia dan berikan pencahayaan secukupnya.

 

Back to Top

Mengapakah telur yang terhasil dari persenyawaan yang sempurna tidak menetas?

Ini berlaku kerana masalah kegemukan, kemandulan dan pemakanan yang tidak seimbang. Bagi mengatasi masalah ini, gantikan burung kenari jantan dan betina serta jalankan pemakanan yang seimbang.

Back to Top

Mengapakah telur yang terhasil dari persenyawaan sempurna terlalu sedikit bilangannya iaitu 2-3 biji sahaja?

Keadaan ini berlaku kerana ketidaksuburan jantan burung kenari. Bagi mengatasi masalah ini gantikan pejantan yang baru.

Back to Top

Author information goes here.
Copyright 2001  [OrganizationName]. All rights reserved.
Revised: 10/11/05.